Saturday 21 May 2016

KARANGAN:KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

KARANGAN:KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


   Pada era globalisasi ini,negara kita telah berjaya berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.Hal ini demikian,kini di negara kita ,terdapat banyak teknologi maklumat yang masyarakat di Malaysia boleh dapatkan.Contohnya,telefon bimbit yang sering digunakan untuk mencari pelbagai maklumat secara berterusan melalui internet.Maklumat yang hendak kita cari semuanya berada  di hujung jari sahaja.Hakikatnya,terdapat banyak kepentingan teknologi maklumat kepada kita.

  Antaranya ialah kecanggian teknologi maklumat pada masa kini mampu mempercepatkan untuk kita mencari maklumat yang dikehendaki .Hal ini demikian,masyarakat di Malaysia kini boleh mencari pelbagai bahan  atau maklumat hanya di internet atau laman –laman web yang  didapati.Sebagai contohnya,Google yang membolehkan kita untul mencari pelbagai maklumat hanya dengan satu klik sahaja dan tidak mengambil masa yang lama seperti mencari bahan-bahan bacaan di perpustakaan yang memakan banyak masa.Jelaslah kepada kita bahawa,kecanggihan teknologi kini dapat menjimatkan masa seseorang itu untuk mencari maklumat serta mempercepatkannya. 

  Selain itu, kita juga dapat berhubung dan berkomunikasi dengan rakan-rakan atau saudara mara yang berjauhan dengan kita.Dengan berbuat demikian,caranya adalah dengan menggunakan kemudahan laman sosial yang semakin banyak muncul pada zaman kini seperti cendawan tumbuh selepas hujan yang boleh memuatnaik . Sebagai contohnya,Facebook,twitter dan instagram yang boleh berkomunikasi  antara satu sama lain dan jika kita rindu dengan orang yang berjauhan dengan kita juga boleh  menggunakan panggilan video iaitu secara bersemuka dengan rakan-rakan atau saudara mara kita yang sudah lama tidak berjumpa.Sememangnya,dengan kemudahan ini,hubungan kekeluargaan tidak akan putus walaupun berjauhan.   

                                                                                                                                        Di samping itu,kita juga boleh menggunakan internet untuk membantu kita dalam     pembelajaran.Dengan berbuat demikian ,kerana banyak  maklumat yang mudah didapati dan mempercepatkan kita untuk mencarinya .Misalnya,mencari maklumat tentang  mata pelajaran Bahasa Malaysia iaitu tips-tips membuat karangan berformat .Sesungguhnya,kita boleh mendapat sedikit sebanyak maklumat bagi membantu dalam meningkatkan kefahaman dalam sesuatu pembelajaran.
   
     Seterusnya,kita juga dapat berkongsi maklumat antara satu sama lain.Dengan berbuat demikian,supaya kita dapat maklumat yang lebih terperinci dan lebih efektif dari laman-laman web yang berbeza.Buktinya,mengambil isi penting dalam sesebuah karangan yang sama tajuknya tetapi  berbeza  dari segi kepakaran karangannya. Sesungguhnya,kita boleh mendapat pelbagai maklumat daripada perkongsian yang telah diberi oleh guru-guru mahupun pelajar di internet.

     Sudah terang lagi bersuluh,kepentingan  teknologi kini semakin menjadi rebutan masyarakat kerana mempunyai banyak kelebihan yang boleh digunakan dan memaikan peranan yang baik kepada masyarakat.Teknologi maklumat kini seharusnya digunakan dengan sebaik yang mungkin kerana banyak manfaat yang boleh kita peroleh melalui teknologi maklumat tersebut .
 
   
     


37 comments:

  1. Tq sbb cikgu bgithuvesoj form 2 karangan tajuk ni hehe

    ReplyDelete
  2. aku buat untuk geografi tapi ni bapak banyak maklumat die.aku suka.Tq tolong bagi maklumat

    ReplyDelete
  3. Saya ada buat kerja lapangan. ....terima kasih......karangan ini bnyk membantu Saya. ........😙

    ReplyDelete
  4. thank you so much...............

    ReplyDelete
  5. thank youuu❤️❤️❤️

    ReplyDelete
  6. MOHON IZIN GUNA BAHAN INI YA. TERIMA KASIH

    ReplyDelete