Sunday 22 May 2016

KARANGAN: KEBURUKAN GADJET

                   

                        

KARANGAN:KEBURUKAN GADJET



     Pada era globalisasi ini,masyarakat  kini sering menggunaka alat untuk berkomunikasi dengan pelbagai jenis gadget seperti telefon bimbit.Hal ini demikian,masyarakat lebih terpengaruh dengan gadjet kerana bagi mereka gadjet adalah sebahagian medium yang penting untuk mereka berinteraksi sama ada dalam atau luar negara.Namun begitu,gadjet boleh membawa kesan yang buruk kepada pengguna khususnya pelajar sekolah.Malah,sesetengah ibu bapa juga ada yang berkemampuan untuk memberikan gadjet kepada anak-anak kerana alasannya untuk kegunaan kecemasan.

  Isi 1 : penyalahgunaan dengan keseronokan dan kepuasan jiwa seseorang.

      Antara keburukan gadjet adalah sesetengah masyarakat yang menyalahgunakan gadjet sebagai keseronokan dan kepuasan jiwa mereka .Hal ini menyebabkan mereka lebih obses dengan kecanggihan gadjet yang mempunyai banyak kegunaanya.Sebagai contohnya,melayari internet dan menonton pelbagai video-video di laman sosial seperti Youtube.Kesimpulanya,ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak supaya menggunakan gadjet dengan sebaiknya.

Isi 2 : menyebabkan masalah kewangan.

    Selain itu,penggunaan telefon bimbit juga menyebabkan masalah kewangan kepada pelajar yang menggunakannya.Hal ini kerana ,masalah  kegunaan telefon bimbit yang memerlukan kredit prabayar untuk menghantar dan menerima panggilan telefon mahupun sms yang terlalu banyak atau melebihi kemampuan .Sebagai contohnya,pelajar yang sanggup mengikat perut untuk  menyimpan wang yang diberikan oleh ibu bapa mereka semata-mata untuk membeli kredit prabayar.Ringkasnya,ibu bapa perlu mengambil berat tentang kelakuan anak-anak mereka yang sering meminta wang dengan berlebihan.

Isi 3 :pembaziran masa

    Di samping itu,menggunakan gadjet juga salah satu daripada keburukannya adalah pembaziran masa .Hal ini menyebabkan pengguna banyak menghabiskan masanya dengan melayari Facebook,Whatsaap,twitter dan laman sosial yang lain Sebagai contohnya semua masa yang terluang untuk mereka beriadah, membaca buku ,berjumpa rakan-rakan dan masa dengan keluarga telah menjadi terhad buat mereka.Sesungguhnya,penggunaan gadjet hendaklah diseimbangkan supaya pengguna dapat menghargai masa yang terluang dengan perkara yang lebih berfaedah kerana ‘Masa itu emas’

Isi 4:perbualan antara rakan rakan dan keluarga semakin berkurangan

   Seterusnya,berkomunikasi atau perbualan antara rakan-rakan dan keluarga kini semakin berkurangan.Hal ini berlaku disebabkan pengguna terlalu sibuk melayan gadjet dengan berkomunikasi  dengan rakan-rakan lain  atau melayari  pelbagai laman sosial.Contohnya,apabila berada di kedai makan , sambil menunggu pesanan  masing-masing hanya  melihat pada gadjet sahaja tanpa menghiraukan kawasan sekeliling.Tegasnya,berkomunikasi antara rakan-rakan dan keluarga boleh mengeratkan lagi kemesraan antara satu dengan yang lain.


       Tuntasnya, Setiap daripada pengguna  haruslah diingatkan supaya tidak terlalu obses dengan gadjet kerana secara tidak langsung boleh memudaratkan diri sendiri. Mungkin ini adalah sebahagian daripada gaya hidup masyarakat pengguna yang mahu kelihatan tampak bergaya dan mengikut cara-cara pengguna  terkini  namun hendaklah dilakukan secara berpada-pada supaya tidak mengabaikan keperluan lain dalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment