Saturday 21 May 2016

BAHAGIAN NOVEL -( PENGAJARAN) MENITI IMPIAN (TINGAKATAN 2)

oBerdasarkan novel yang anda kaji , jelaskan pengajaran yang boleh diambil.

     Berdasarkan pengajaran yang telah ditetapkan dalam novel iaitu Meniti Impian yang telah saya kaji.Terdapat beberapa pengajaran .Pengajaran yang pertama ialah kite hendaklah bercita-cita tinggi agar masa depan lebih cerah.Sebagai contohnya,Zahar ingin menjadi seorang tukang perabot yang mahir dan berjaya apabila keluar dari Institut Kemahiran Mara (IKM).Selain itu,Zahar sentiasa berazam dan bercita-cita untuk menjadi tukang perabot yang berjaya pada suatu hari nanti.

     Di samping itu, ia juga melibatkan pengajaran yang kedua ialah kita sewajarnya bersikap peramah supaya tidak dilabelkan sombong oleh orang lain.Sebagai contohnya,Pak Yusuf menegur seorang pak cik di Institut Kemahiran Mara (IKM) walaupun Pak Yusuf tidak mengenali orang tersebut.Selain itu, pak yusuf juga kelihatan mesra ketika berbual dengan orang tersebut.


   Akhir sekali,pengajaran yang teakhir ialah kita haruslah mempunyai keyakinan diri dalam setiap kejayaan yang diminati.Sebagai contohnya,Zahar dan Suhaili selalunya menjadi murid yang aktif dalam kelas apabila guru kelas mereka mengemukakan sesuatu tajuk dan meminta semua murid membincangkannya secara terbuka.
     

  

2 comments: