BANJIR DI MATA EMAK-CERPEN
TEMA-kehilangan sesuatu yang bermaknatelah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup seseorang.
PENGAJARAN-Kita hendaklah mengamalkan sikap perikemanusiaan dan tolong-menolong sesama manusia.
-Kita mestilah menghargai kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
-kita hendaklah menjaga nama baik seseorang,terutamanya nama baik ahli keluarga.
KUCARI DAMAI DISINI-PANTUN
TEMA-Penghargai terhadap kedamaian dan kesejahteraan negara.
BILANGAN BARIS-Setaip rangkap terdiri daripada 4 hingga 6 baris
BILANGAN SUKU KATA -terdiri daripada enam hingga lapan belas
PT3 - FORM 2
Sunday, 22 May 2016
KARANGAN: KEBURUKAN GADJET
KARANGAN:KEBURUKAN GADJET
Pada
era globalisasi ini,masyarakat kini sering menggunaka alat untuk berkomunikasi dengan pelbagai jenis gadget
seperti telefon bimbit.Hal ini demikian,masyarakat lebih terpengaruh dengan
gadjet kerana bagi mereka gadjet adalah sebahagian medium yang penting untuk
mereka berinteraksi sama ada dalam atau luar negara.Namun begitu,gadjet boleh
membawa kesan yang buruk kepada pengguna khususnya pelajar
sekolah.Malah,sesetengah ibu bapa juga ada yang berkemampuan untuk memberikan gadjet kepada anak-anak kerana alasannya
untuk kegunaan kecemasan.
Isi 1 : penyalahgunaan dengan keseronokan dan
kepuasan jiwa seseorang.
Antara keburukan gadjet adalah sesetengah
masyarakat yang menyalahgunakan gadjet sebagai keseronokan dan kepuasan jiwa mereka .Hal ini
menyebabkan mereka lebih obses dengan kecanggihan gadjet yang mempunyai banyak
kegunaanya.Sebagai contohnya,melayari internet dan menonton pelbagai video-video di
laman sosial seperti Youtube.Kesimpulanya,ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak
supaya menggunakan gadjet dengan sebaiknya.
Isi 2 : menyebabkan
masalah kewangan.
Selain itu,penggunaan telefon bimbit juga menyebabkan
masalah kewangan kepada pelajar yang menggunakannya.Hal ini kerana ,masalah kegunaan telefon bimbit yang memerlukan kredit
prabayar untuk menghantar dan menerima panggilan telefon mahupun sms yang
terlalu banyak atau melebihi kemampuan .Sebagai contohnya,pelajar yang sanggup
mengikat perut untuk menyimpan wang yang diberikan oleh ibu bapa mereka
semata-mata untuk membeli kredit prabayar.Ringkasnya,ibu bapa perlu mengambil
berat tentang kelakuan anak-anak mereka yang sering meminta wang dengan
berlebihan.
Isi 3
:pembaziran masa
Di samping itu,menggunakan gadjet juga
salah satu daripada keburukannya adalah pembaziran masa .Hal ini menyebabkan pengguna
banyak menghabiskan masanya dengan melayari Facebook,Whatsaap,twitter dan laman
sosial yang lain Sebagai contohnya semua masa yang terluang untuk mereka
beriadah, membaca buku ,berjumpa rakan-rakan dan masa dengan keluarga telah
menjadi terhad buat mereka.Sesungguhnya,penggunaan gadjet hendaklah
diseimbangkan supaya pengguna dapat menghargai masa yang terluang dengan
perkara yang lebih berfaedah kerana ‘Masa itu emas’
Isi
4:perbualan antara rakan rakan dan keluarga semakin berkurangan
Seterusnya,berkomunikasi atau perbualan
antara rakan-rakan dan keluarga kini semakin berkurangan.Hal ini berlaku
disebabkan pengguna terlalu sibuk melayan gadjet dengan berkomunikasi dengan rakan-rakan lain atau melayari pelbagai laman sosial.Contohnya,apabila berada
di kedai makan , sambil menunggu pesanan masing-masing hanya melihat pada gadjet sahaja tanpa menghiraukan
kawasan sekeliling.Tegasnya,berkomunikasi antara rakan-rakan dan keluarga boleh
mengeratkan lagi kemesraan antara satu dengan yang lain.
WATAK UTAMA - MENITI IMPIAN ( WATAK ZAHAR)
watak utama dikenali sebagai hero dalam sesebuah karya kerana memainkan peranan penting dalam setiap jalan cerita.Huraikan perwatakan watak utama yang telah ditetapkan dalam sebuah novel yang anda kaji.
Berdasarkan watak utama yang telah tetapkan dalam novel iaitu meniti impian yang telah saya kaji ialah Zahar.Terdapat beberapa perwatakan Zahar.Perwatakan yang pertama ialah Zahar seorang yang bercita-cita tinggi.Sebagai contohnya,Zahar ingin menjadi seorang tukang perabot yang mahir dan berjaya apabila keluar dari Institut Kemahiran Mara (IKM).Selain itu,Zahar sentiasa berazam dan bercita-cita untuk menjadi tukang perabot yang berjaya pada suatu hari nanti.
Disamping itu,Zahar juga seorang yang bertanggungjawab.Sebagai contohnya,Zahar menggunakan kad yang didapatinya dengan cermat untuk membeli barang-barang keperluan adik- beradiknya.Selain itu,Zahar hanya berjimat-cermat dengan wang imbuhan yang diterimanya setiap bulan kerana dia tidak mahu menyusahkan ibunya yang turut membiayai persekolahan adik-adiknya.
Akhir sekali,Zahar seorang yang rajin.Sebagai contohnya,Zahar rajin bekerja bersama Pak Yusuf.Selain itu,Zahar sedar bahawa dia tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada nama Pak Yusuf,jadi dia berusaha mengembangkan pasaran perabotnya.
Disamping itu,Zahar juga seorang yang bertanggungjawab.Sebagai contohnya,Zahar menggunakan kad yang didapatinya dengan cermat untuk membeli barang-barang keperluan adik- beradiknya.Selain itu,Zahar hanya berjimat-cermat dengan wang imbuhan yang diterimanya setiap bulan kerana dia tidak mahu menyusahkan ibunya yang turut membiayai persekolahan adik-adiknya.
Akhir sekali,Zahar seorang yang rajin.Sebagai contohnya,Zahar rajin bekerja bersama Pak Yusuf.Selain itu,Zahar sedar bahawa dia tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada nama Pak Yusuf,jadi dia berusaha mengembangkan pasaran perabotnya.
Saturday, 21 May 2016
ULASAN-KESAN VANDALISME
Kesan vandalisme kini telah banyak memberi kesan buruk ke atas harta benda awam yang dilakuan oleh sesetengah orang yang tidak bermoral.Antara kesan vandalisme ialah kerosakan telefon awam.Hal ini menyebabkan orang ramai tidak dapat menggunakannya ketika kecemasan.Selain itu,taman permain yang dimusnahkan tidak dapat digunakan oleh kanak-kanak yang sering bermain di taman permainan.Contohnya,buaian dicabut,papan gelongsor dan jongkang-jongket dirosakan.Akhir sekali,kerosakan papan tanda juga menyebabkan orang ramai tidak dapat membaca maklumat pada papan tanda tersebut.Kesimpulannya,kesan vandalisme ini harus dibendung supaya kesan ini tidak lagi menular dalam kalangan yang tidak bermoral dan pihak perkhidmatan awam harus mengambil tindakan segera supaya mereka mempunyai kesedaran sivik betapa pentingnya penggunaan kemudahan awam yang perlu dijaga dengan baik.
(121 p.p)KARANGAN:KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
KARANGAN:KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Pada era globalisasi ini,negara kita telah berjaya berdiri sama
tinggi,duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.Hal ini
demikian,kini di negara kita ,terdapat banyak teknologi maklumat yang
masyarakat di Malaysia boleh dapatkan.Contohnya,telefon bimbit yang sering
digunakan untuk mencari pelbagai maklumat secara berterusan melalui
internet.Maklumat yang hendak kita cari semuanya berada di hujung jari sahaja.Hakikatnya,terdapat
banyak kepentingan teknologi maklumat kepada kita.
Antaranya ialah kecanggian teknologi maklumat
pada masa kini mampu mempercepatkan untuk kita mencari maklumat yang
dikehendaki .Hal ini demikian,masyarakat di Malaysia kini boleh mencari pelbagai bahan atau maklumat hanya di internet
atau laman –laman web yang didapati.Sebagai
contohnya,Google yang membolehkan kita untul mencari pelbagai maklumat hanya dengan satu klik
sahaja dan tidak mengambil masa yang lama seperti mencari bahan-bahan bacaan di
perpustakaan yang memakan banyak masa.Jelaslah kepada kita bahawa,kecanggihan
teknologi kini dapat menjimatkan masa seseorang itu untuk mencari maklumat
serta mempercepatkannya.
Selain itu, kita juga dapat berhubung dan berkomunikasi
dengan rakan-rakan atau saudara mara yang berjauhan dengan kita.Dengan berbuat
demikian,caranya adalah dengan menggunakan kemudahan laman sosial yang semakin
banyak muncul pada zaman kini seperti cendawan tumbuh selepas hujan yang boleh
memuatnaik . Sebagai contohnya,Facebook,twitter dan instagram yang boleh
berkomunikasi antara satu sama lain dan
jika kita rindu dengan orang yang berjauhan dengan kita juga boleh menggunakan panggilan video iaitu secara bersemuka
dengan rakan-rakan atau saudara mara kita yang sudah lama tidak berjumpa.Sememangnya,dengan
kemudahan ini,hubungan kekeluargaan tidak akan putus walaupun berjauhan.
Di samping itu,kita juga boleh menggunakan
internet untuk membantu kita dalam pembelajaran.Dengan berbuat demikian ,kerana
banyak maklumat yang mudah didapati dan
mempercepatkan kita untuk mencarinya .Misalnya,mencari maklumat tentang mata pelajaran Bahasa Malaysia iaitu tips-tips
membuat karangan berformat
.Sesungguhnya,kita boleh mendapat sedikit sebanyak maklumat bagi membantu dalam
meningkatkan kefahaman dalam sesuatu pembelajaran.
Seterusnya,kita juga dapat berkongsi
maklumat antara satu sama lain.Dengan berbuat demikian,supaya kita dapat
maklumat yang lebih terperinci dan lebih efektif dari laman-laman web yang
berbeza.Buktinya,mengambil isi penting dalam sesebuah karangan yang sama
tajuknya tetapi berbeza dari segi kepakaran karangannya. Sesungguhnya,kita
boleh mendapat pelbagai maklumat daripada perkongsian yang telah diberi oleh guru-guru
mahupun pelajar di internet.
Sudah terang lagi bersuluh,kepentingan teknologi kini semakin menjadi rebutan masyarakat
kerana mempunyai banyak kelebihan yang boleh digunakan dan memaikan peranan
yang baik kepada masyarakat.Teknologi maklumat kini seharusnya digunakan dengan sebaik
yang mungkin kerana banyak manfaat yang boleh kita peroleh melalui teknologi
maklumat tersebut .
BAHAGIAN NOVEL -( PENGAJARAN) MENITI IMPIAN (TINGAKATAN 2)
oBerdasarkan novel yang anda kaji , jelaskan pengajaran yang boleh diambil.
Berdasarkan pengajaran yang telah ditetapkan dalam novel iaitu Meniti Impian yang telah saya kaji.Terdapat beberapa pengajaran .Pengajaran yang pertama ialah kite hendaklah bercita-cita tinggi agar masa depan lebih cerah.Sebagai contohnya,Zahar ingin menjadi seorang tukang perabot yang mahir dan berjaya apabila keluar dari Institut Kemahiran Mara (IKM).Selain itu,Zahar sentiasa berazam dan bercita-cita untuk menjadi tukang perabot yang berjaya pada suatu hari nanti.
Di samping itu, ia juga melibatkan pengajaran yang kedua ialah kita sewajarnya bersikap peramah supaya tidak dilabelkan sombong oleh orang lain.Sebagai contohnya,Pak Yusuf menegur seorang pak cik di Institut Kemahiran Mara (IKM) walaupun Pak Yusuf tidak mengenali orang tersebut.Selain itu, pak yusuf juga kelihatan mesra ketika berbual dengan orang tersebut.
Akhir sekali,pengajaran yang teakhir ialah kita haruslah mempunyai keyakinan diri dalam setiap kejayaan yang diminati.Sebagai contohnya,Zahar dan Suhaili selalunya menjadi murid yang aktif dalam kelas apabila guru kelas mereka mengemukakan sesuatu tajuk dan meminta semua murid membincangkannya secara terbuka.
Friday, 20 May 2016
Karangan Fakta: Gejala sosial dalam kalangan remaja
Karangan Fakta: Gejala sosial dalam kalangan remaja
Pendahuluan:-
Pada era globalisasi ini, masalah gejala
sosial semakin meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini mendatangkan
kebimbangan banyak pihak antaranya ibu bapa khususnya. Masalah sosial seperti
gejala melepak, lumba haram, buli dan sebagainya semakin hangat diperkatakan
dari buah mulut masyarakat malah menjadi isu yang serius dipaparkan dalam akhbar kebelakangan ini. Oleh itu, kita tidak
seharusnya memandang remeh akan masalah tersebut. Terdapat beberapa masalah sosial
ini terjadi kepada golongan remaja khususnya.
Isi: kurang mendapat didikan agama
Antaranya ialah ibu bapa kurang memberi
didikan agama dan moral kepada mereka.Hal ini menyebabkan mereka akan berasa
terlalu bebas untuk melakukan pelbagai perkara.Sebagai contohnya, membenarkan
mereka keluar rumah hingga lewat malam tanpa menghiraukannya. Oleh itu,perkara
ini menyebabkan remaja kehilangan pegangan dalam kehidupan dan bertindak sesuka
hati. Jelaslah,ibu bapa seharusnya memberikan didikan agama dan moral kepada
mereka sejak kecil lagi bak kata pepatah ‘melentur buluh ,biarlah dari
rebungnya’.
Isi: tidak
memberikan kasih sayang sepenuhnya
Selain itu,ibu bapa tidak memberikan kasih
sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak.Hal ini kerana,ibu bapa terlalu
menyerahkan tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak mereka kepada
pembantu rumah atau pengasuh mereka dan sibuk bekerja ibarat kera di hutan
disususkan,anak di rumah mati kelaparan.Sebagai contohnya,ibu bapa bekerja
hingga lewat malam dan bekerja keras sehingga tidak menghiraukan anak-anak
mereka di rumah. Kesimpulannya,sikap ibu bapa yang bagai enau dalam belukar
yang melepaskan pucuk masing masing harus dibuang supaya anak-anak dapat merasakan
kasih sayang yang secukupnya bagai menatang minyak yang penuh.
Isi:pengaruh
dengan rakan sebaya
Di samping itu,remaja juga mudah terpengaruh
dengan rakan sebaya.Hal ini kerana,boleh menyebabkan masa depan mereka akan
terjejas sekiranya mereka salah memilih rakan.Sebagai contohnya,mereka mudah
terpengaruh dengan rakan seperti merokok,merempit, vandalisme,dan ponteng
sekolah.Tuntasnya,akhlak yang buruk akan merosakkan diri seseorang remaja
seperti cuka merosakkan madu.
Isi: pengaruh
media massa
Seterusnya,pelajaran seseorang remaja itu
akan turut terjejas.Hal ini demikian,kerana remaja akan sering ketinggalan dalam
pelajaran sekiranya mereka sering memonteng sekolah dan mereka juga tidak dapat
memberikan perhatian sepenuhnya di dalam kelas ketika guru
mengajar.Tegasnya,ibu bapa seharusnya mengambil berat tentang mereka supaya
mereka berubah dan tidak membiarkan mereka melakukan perkara yang tidak
berfaedah ‘seperti nasi sudah menjadi bubur’.
Penutup:-
Ringkasnya,kekurangan pengawasan dan sikap
tidak prihatin ibu bapa terhadap aktiviti dan pelakuan anak-anak mereka menjadi
penyebab gejala ini kian merebak.Dengan berbuat demikian,ibu bapa perlu
sentiasa mengambil berat dan mengawasi setiap pergerakkan anak-anak mereka yang
mencurigakan.Sekiranya semua ibu bapa mengambil pendekatan sedemikian,gejala
ini akan dapat diatasi dengan mudah.Jelaslah ibu bapa memainkan peranan yang
amat penting dan tidak boleh hanya mengharapkan pihak lain sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)