KARANGAN:KEBURUKAN GADJET
Pada
era globalisasi ini,masyarakat kini sering menggunaka alat untuk berkomunikasi dengan pelbagai jenis gadget
seperti telefon bimbit.Hal ini demikian,masyarakat lebih terpengaruh dengan
gadjet kerana bagi mereka gadjet adalah sebahagian medium yang penting untuk
mereka berinteraksi sama ada dalam atau luar negara.Namun begitu,gadjet boleh
membawa kesan yang buruk kepada pengguna khususnya pelajar
sekolah.Malah,sesetengah ibu bapa juga ada yang berkemampuan untuk memberikan gadjet kepada anak-anak kerana alasannya
untuk kegunaan kecemasan.
Isi 1 : penyalahgunaan dengan keseronokan dan
kepuasan jiwa seseorang.
Antara keburukan gadjet adalah sesetengah
masyarakat yang menyalahgunakan gadjet sebagai keseronokan dan kepuasan jiwa mereka .Hal ini
menyebabkan mereka lebih obses dengan kecanggihan gadjet yang mempunyai banyak
kegunaanya.Sebagai contohnya,melayari internet dan menonton pelbagai video-video di
laman sosial seperti Youtube.Kesimpulanya,ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak
supaya menggunakan gadjet dengan sebaiknya.
Isi 2 : menyebabkan
masalah kewangan.
Selain itu,penggunaan telefon bimbit juga menyebabkan
masalah kewangan kepada pelajar yang menggunakannya.Hal ini kerana ,masalah kegunaan telefon bimbit yang memerlukan kredit
prabayar untuk menghantar dan menerima panggilan telefon mahupun sms yang
terlalu banyak atau melebihi kemampuan .Sebagai contohnya,pelajar yang sanggup
mengikat perut untuk menyimpan wang yang diberikan oleh ibu bapa mereka
semata-mata untuk membeli kredit prabayar.Ringkasnya,ibu bapa perlu mengambil
berat tentang kelakuan anak-anak mereka yang sering meminta wang dengan
berlebihan.
Isi 3
:pembaziran masa
Di samping itu,menggunakan gadjet juga
salah satu daripada keburukannya adalah pembaziran masa .Hal ini menyebabkan pengguna
banyak menghabiskan masanya dengan melayari Facebook,Whatsaap,twitter dan laman
sosial yang lain Sebagai contohnya semua masa yang terluang untuk mereka
beriadah, membaca buku ,berjumpa rakan-rakan dan masa dengan keluarga telah
menjadi terhad buat mereka.Sesungguhnya,penggunaan gadjet hendaklah
diseimbangkan supaya pengguna dapat menghargai masa yang terluang dengan
perkara yang lebih berfaedah kerana ‘Masa itu emas’
Isi
4:perbualan antara rakan rakan dan keluarga semakin berkurangan
Seterusnya,berkomunikasi atau perbualan
antara rakan-rakan dan keluarga kini semakin berkurangan.Hal ini berlaku
disebabkan pengguna terlalu sibuk melayan gadjet dengan berkomunikasi dengan rakan-rakan lain atau melayari pelbagai laman sosial.Contohnya,apabila berada
di kedai makan , sambil menunggu pesanan masing-masing hanya melihat pada gadjet sahaja tanpa menghiraukan
kawasan sekeliling.Tegasnya,berkomunikasi antara rakan-rakan dan keluarga boleh
mengeratkan lagi kemesraan antara satu dengan yang lain.
No comments:
Post a Comment