Sunday 22 May 2016

WATAK UTAMA - MENITI IMPIAN ( WATAK ZAHAR)

     watak utama dikenali sebagai hero dalam sesebuah karya kerana memainkan peranan penting dalam setiap jalan cerita.Huraikan perwatakan watak utama yang telah ditetapkan dalam sebuah novel yang anda kaji.


    Berdasarkan watak utama yang telah tetapkan dalam novel iaitu meniti impian yang telah saya kaji ialah Zahar.Terdapat beberapa perwatakan Zahar.Perwatakan yang pertama ialah Zahar seorang yang bercita-cita tinggi.Sebagai contohnya,Zahar ingin menjadi seorang tukang perabot yang mahir dan berjaya apabila keluar dari Institut Kemahiran Mara (IKM).Selain itu,Zahar sentiasa berazam dan bercita-cita untuk menjadi tukang perabot yang berjaya pada suatu hari nanti.

    Disamping itu,Zahar juga seorang yang bertanggungjawab.Sebagai contohnya,Zahar menggunakan kad yang didapatinya dengan cermat untuk membeli barang-barang keperluan adik- beradiknya.Selain itu,Zahar hanya berjimat-cermat dengan wang imbuhan yang diterimanya setiap bulan kerana dia tidak mahu menyusahkan ibunya yang turut membiayai persekolahan adik-adiknya.

   Akhir sekali,Zahar seorang yang rajin.Sebagai contohnya,Zahar rajin bekerja bersama Pak Yusuf.Selain itu,Zahar sedar bahawa dia tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada nama Pak Yusuf,jadi dia berusaha mengembangkan pasaran perabotnya.

8 comments: